Thursday, November 26, 2009

malam raya aidiladha...

pada ketika ini...ummi sibuk mengemas barang-barang kerana sebentar nanti selepas isyak...sahabat surau akan mengelilingi kampung untuk takbir di malam raya...beginilah rutin tahunan setahun sekali di kawasan perumahanku...memang kebiasaan nya pada malam raya aidiladha aku dan ummi sibuk menydiakan juadah...sekadar jamu tetamu yang bertakbir di malam raya...aku sendiri sudah terbiasa dengan suasana ini...seperti menjadi adat pula di sini...adat yang baik elok di praktikkan...

huhu...abang pula baru sahaja pulang mengambil sate yang ummi tempah...hahah...ummi buat tempahan di luar pengetahuan adikku yang tak reti simpan rahsia...erm...harap perjalanan malam ini berlangsung dengan lancar...

aku harap perjalanan pada hari esok lebih mudah...hari raya aidiladha yang penuh bermakna simbol kedapa peng0rbanan nabi Ismail A.S...semoga segala pengorbanan nabi Ismail A.S. dapat memberi pengajaran kepada umat Islam walaupun tidak keseluruhannya...namun sekurang-kurangnya masih ada lagi insan yang mengambil iktibar dan teladan daripada kisah ini...

aku juga berharap aku begitu,,,mengingati kisah-kisah nabi...sungguh tenang sekali...